Pages

Saturday, May 25, 2013

Dia

dia menitiskan airmata mengenangkan perasaan sekarang... dia melihat seseorg yang tiada rase hormat pada orang lain... tiade rase penyesalan atas kesalahan... seronok mungkin hatinya melihat kesedihan orang..puas hati barangkali..

dia tak faham... kenapa setiap tindakan yg kau lakukan tak pernah memikirkan kesan kepada orang.. setiap kata yg diucapkan.. tak pernah di fikirkan... cacian dan makian yg terhambur dari mulut.. penuh dengan kebencian...

kita hidup nie.. bukan sorang je selamanya.. perlu org sekeliling juga... jangan mendabik dada mengatakan "ah! lantaklah.. peduli apa aku perasaan orang! aku tak perlu korang semua! tak guna!!" tapi kau lupa... siapa yang kau ada.. keluarga yang bersama kau sekarang.. untuk selamanya... tapi kenapa jijik sungguh pandangan kau kepada dia... sedangkan dia saudara mu... yang tanpa kau sedar membelai kau sewaktu tidur mu... dan tanpa kau tahu mencium dahi mu selepas tidurmu...  betapa kasihnya dia kepadamu... sayang dan kasihnya tak terucap... atas sebab kebencianmu... mungkin dia faham sumber kebencianmu dari dia juga pasti...

dia faham... dia juga pernah disitu... membenci kamu dengan begitu..  dia juga tidak pernah mengawal setiap patah kata dan bicaranya... mengangkat diri lebih dari sesiapa...

tapi hidup mengajar dia... segala yang buruk datangnya dari kita... jadi dia cuba menahan kata-kata.. memendam sebak dan amarah.. menyembunyikan kesakitan dan kesedihan yang ada... dia cuba menjadi yang lebih baik.. berdiam saat kau bangkitkan amarahnya... berdiam bila dihina... berdiam bila dicaci.. tak melawan walau sepatah... kerana melawan tidak mendatangkan apa-apa...

fikirannya... kau akan faham sendiri suatu masa nanti.. kau akan dewasa... mungkin nanti kau faham betapa sakitnya hati dan betapa tergurisnya perasaan dia mendengar setiap patah kata mu... setiap caci dan maki mu...

namun begitu... betapa dia berharap agar dapat dia tanggung segala dosa dan kesalahanmu... walau tak tertanggung dosanya sendiri... kerana tak sanggup dia membiarkan walau secebis dari kamu dihukum atas perbuatanmu... walau bagaimana sakitnya perasaan dia kau guris... kau tetap kesayangannya...

betapa dia berharap dapat menghilangkan segala kesakitan dan amarahmu...  dapat mengambil segala kesedihan dan tangisanmu... kerana dia faham.. jadinya kau begitu.. bukan salahmu.. bukan pilihanmu... tapi keadaan yang menjadikan kau begitu... mungkin kerana dia juga.....

namun tak jenuh dia mengharap... perbaikilah perbuatan mu.. perbaikilah diri mu.. perbaikilah percakapanmu... agar yang lain tidak seperti kamu dan dia... hidupmu masih jauh.. masih panjang... sukar dia gambarkan kasih sayangnya kepadamu... barangkali silapnya disitu... kerana tak pernah mengucapkan begitu... Tak pernah mengucapkan sayang kepadamu... Apa yang terpendam dalam hatinya...  Dia amat menyayangi mu dan keluarga.. Lebih dari sesiapa...

Dia dan kamu

Love,
Kak cik..

No comments:

Post a Comment