Pages

Friday, May 3, 2013

kejadian di hari jadiku...

Saya sudah berusia 22 tahun sekarang.. Seronok sebab membesar.. Semakin dewasa dan faham akan tanggung jawab diri... Semakin bahagia dan memahami... Setiap perkara yang dilalui... Mempunyai hikmah tersendiri... Setiap hari menunggu perubahan yg diperlukan... Cita-cita yang belum terlaksana...

Kadang2.. Terlintas difikiran.. Umur yang meningkat juga melambangkan banyak perkara... Baik atau buruk... Umur 22 tahun.. Melambangkan kejayaan untuk terus hidup dan melepasi segala halangan dan dugaan... Kegagalan dalam hidup dengan misi2 yang masih belum dapat dijayakan..22 tahun yg penuh dgn kebahagiaan dan kesedihan..

Bermacam-macam pandangan orang terhadap diri ini... Tak berdaye nak menangkis semua... Saye seorang melawan anda semua... Takkan berdaya...  Anda tak faham ape yg saya lalui.. Anda tak kenal siapa saya.. Siapa keluarga saya.. Siapa teman teman saya.. Anda bukan saya..anda tak berada ditempat saya.. Anda tak tahu apa yang saya mahukan.. Anda tak kan mengerti apa yang saya yg saya perlukan...

Pada hari lahir saya semalam..Saya bertembung dengan seorang manusia yg mempertikai kan kehidupan saya... Pekerjaan saya.. Dan pilihan saya... Memperkatakan pilihan saya membuang masa dan sia-sia.. Tiada ruang untuk berjaya.. Tidak masa depan yang cerah untuk diri dan keluarga... Beliau menyuruh saya mengikuti cadangannya jika mahukan masa depan yang lebih terjamin... Saya tertanya.. Saya yang melalui kehidupan ini bukan... Saya yang mengetahui baik buruk serta untung rugi pilihan saya... Saya yang mengalaminya...keluarga saya memberi sokongan padu.. teman-teman sentiasa disisi...mereka yang terpenting bagi saya... anda bukan siapa- siapa dalam hidup saya..  Jadi kenapa anda dengan lancang dan sombong mempersoalkan pilihan saya...

Saya mungkin tidak sehebat anak2 anda... Saya mungkin tidak sehebat sesiapa... Tapi saya tahu siapa saya... Apa yang saya lakukan... Saya bukan seperti anda... Walaupun hati sangat terguris... Terasa diri dihina dan dipandang remeh... Saya tahankan perasaan amarah itu... Tahan daripada melepaskannya... Kerana anda lebih berusia... Saya menangis didalam hati sambil berkata... Tidak mengapa... Dia tidak mengerti.. Dia tidak tahu...

Saya bangga dengan pencapaian yg saya ada sekarang... Saya bangga dengan pekerjaan saya sekarang... Saya bangga membimbing pelajar dalam pembelajaran.. Kepuasan saya disitu... Saya suka pekerjaan saya.. Betapa ramai yang boleh berkata begitu? Walaupun saya tidak memilih jalan ini sebagai pilihan pertama... Saya sendiri terkejut dengan kepuasan dan kebahagiaan yg saya terima...  Tapi saya yakin rancangan allah.. Semua bersebab...

Anda tidak melakukan pekerjaan saya..jadi Anda tidak pernah mengerti kepuasan dan kebahagiaan yang saya rasa..jadi siapa anda untuk memperkatakan apa yang saya lakukan tidak bermakna?? tidak bercita-cita.. Dan tidak bermasa depan?? Saya bukan jahil... Saya tahu apa yang saya lakukan.. Mungkin tidak bermakna pada anda.. Tidak boleh berjaya.. Tidak mengapa... Kegagalan saya mungkin kepuasan anda... Tapi kejayaan saya.. Bermaksud kebahagiaan keluarga saya.. Kejayaan saya.. Bermaksud kejayaan bagi pelajar-pelajar saya..
Saya faham.. Mungkin anda tidak mengerti... Tapi ketahuilah bahawa tiada manusia yang mahukan yg sia-sia untuk dirinya.. Tiada manusia yang memilih kegagalan dalam hidupnya... Semuanya dilakukan dengan harapan untuk berjaya...

Saya mahu berjaya... Saya yakin saya boleh berjaya.. Tapi atas jalan dan pilihan saya sendiri... Jadi anda tidak perlu risau.. Jika ditakdirkan kegagalan saya satu hari nnti oleh allah... Saya yakin keluarga saya masih ada bersama.. membantu saya bangkit.. tidak mungkin saya datang mengetuk rumah anda meminta-minta dan mengadu domba kegagalan saya... jatuh dan bangun saya.. saya bersama teman-teman dan keluarga yang mencinta... itu sahaja...

umur yang meningkat juga melambangkan kematangan dan kesedaran akan tanggungjawab atas segala pilihan dan keputusan dalam hidup... umur yang meningkat juga memperlihatkan kegagalan masa lampau kita... tapi umur yang meningkat juga memberi pengajaran tentang bagaimana untuk bangkit dari kegagalan tersebut dan kembali bangun mengejar kejayaan akan datang...

jadi kepada rakan-rakan dan keluarga yang mencinta.. doakan kejayaan dan kebahagiaan ku disini dan diakhirat... ku mohon sokongan dan doa kalian untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan hidup.. juga untuk menguatkan diri dan iman daripada perkara dan mereka yang menjatuhkanku... ku pohon kepadamu ya Allah... andai ini takdir mu untukku... aku terima seikhlas hatiku... semoga dengan rahmat dan redha mu... aku mendapat segala yang kau rancangkan untukku....amin...

with love...
sharifah atiqa al-edros..

No comments:

Post a Comment